Soalan Lazim

Ruangan Soalan Lazim
Ruangan ini adalah ruangan himpunan soalan dan jawapan yang lazim ditanya oleh bakal pembeli aset di LKPP Property Sdn Bhd.

 

S: Dimanakah lokasi ibu pejabat LKPP Property Sdn Bhd?
J: Sila
 klik link ini untuk maklumat lengkap.

 

S: Siapakah yang layak membeli aset samada rumah atau bangunan kedai?
J: Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun keatas dan mempunyai pendapatan yang diiktiraf oleh institusi kewangan berlesen (Bank).

 

S: Boleh saya menempah projek yang baru dirancang dan belum dibuka untuk jualan?
J: Projek perumahan yang sedang dirancang atau belum dibuka untuk jualan tidak boleh ditempah, walaubagaimanapun, anda boleh mendaftar sebagai pembeli untuk projek tersebut dan nama anda akan diutamakan apabila jualan untuk projek tersebut dibuka kelak. 
Klik disini untuk mendaftar sebagai pembeli.

 

S: Bagaimanakah cara untuk membeli rumah di LKPP Property Sdn Bhd?
J: Anda hendaklah membayar wang tempahan dan memilih lot yang diingini.

 

S: Siapakah yang menguruskan pinjaman bagi pihak pembeli?
J: a) untuk pinjaman kerajaan, LKPP Property boleh menguruskan pinjaman tersebut dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (Treasury).
b) untuk pinjaman Bank, terpulang kepada pembeli untuk memilih pembiayaan perumahan dari mana mana bank yang dikehendaki.

 

S: Apakah proses seterusnya setelah pinjaman diluluskan?
J: Pembeli akan dimaklumkan oleh peguam yang telah dilantik bagi urusan pindah-milik dan lain lain.

 

S: Berapakah jangkamasa untuk menyiapkan satu projek perumahan?
J: Merujuk kepada perjanjian jual beli, sesebuah projek perumahan perlu disiapkan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh surat perjanjian dibuat. Walaubagaimanapun, LKPP Property komited dalam menyiapkan semua projek mereka dalam tempoh tercepat atau mengikut purata 18 bulan untuk setiap projek
.