Sejarah Syarikat


LKPP Property Sdn. Bhd. diwujudkan dengan menukar nama LKPP TZ Tani Sdn. Bhd. pada 8 Mac 1996 dan beroperasi pada tarikh yang sama, Syarikat ini merupakan milik 100% Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP Negeri Pahang) dan bidang perniagaan utama syarikat ialah pembangunan harta  tanah.  Tujuan asal penubuhan LKPP Property Sdn. Bhd adalah mengendalikan projek harta tanah milik LKPP iaitu Pembangunan Perumahan di Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Kampung Soi, Pemulihan Taman Guru dan menyediakan khidmat pengurusan dalam projek pengambilalihan Coral Beach Resort Kuantan (kini dikenali sebagai De Rhu Beach Resort Kuantan).  Bermula dengan projek perumahan di PPD Kampung Soi dan Coral Beach Resort Kuantan, syarikat terus maju kehadapan dengan penglibatan dalam projek menyelamat Koperasi Perumahan Guru-guru Melayu Pahang Timur dan diikuti dengan pembangunan Bandar Baru Kuantan Putri.

 

Perana Syarikat ialah:


i. Agen Pembangunan Harta Tanah

ii. Khidmat Pengurusan Projek

iii. Pemaju