
LKPP Property Sdn. Bhd. diwujudkan dengan menukar nama LKPP TZ Tani Sdn. Bhd. pada 8 Mac 1996 dan beroperasi pada tarikh yang sama, Syarikat ini merupakan milik 100% Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan bidang perniagaan utama syarikat ialah pembangunan harta tanah. Tujuan asal penubuhan LKPP Property Sdn. Bhd adalah mengendalikan projek harta tanah milik PKPP iaitu Pembangunan Perumahan di Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Kampung Soi, Pemulihan Taman Guru dan menyediakan khidmat pengurusan dalam projek pengambilalihan Coral Beach Resort Kuantan (kini dikenali sebagai De Rhu Beach Resort Kuantan). Bermula dengan projek perumahan di PPD Kampung Soi dan Coral Beach Resort Kuantan, syarikat terus maju kehadapan dengan penglibatan dalam projek menyelamat Koperasi Perumahan Guru-guru Melayu Pahang Timur dan diikuti dengan pembangunan Bandar Baru Kuantan Putri.
Peranan Syarikat ialah:
- Agen Pembangunan Harta Tanah
- Khidmat Pengurusan Projek
- Pemaju
VISI, MISI DAN MATLAMAT
Misi LKPP Property
· Membangun dengan mantap, berkualiti dan selaras dengan masa hadapan
· Pengukuhan modal insan bagi anggota syarikat
· Pulangan yang berterusan untuk mengukuhkan dan menstabilkan syarikat serta membuka ruang dengan perancangan yang lebih efisyen.
· Menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
Visi LKPP Property
· Membangun sebagai pemaju utama dalam industri pembangunan hartanah
· Membangun dan menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)
Matlamat Syarikat
Syarikat berusaha untuk menterjemahkan dua matlamat utama syarikat iaitu:
· Membentuk asas yang kukuh untuk menjamin pulangan pendapatan yang berterusan dalam setiap projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat
· Memberi tumpuan dalam perniagaan yang ada dan mempelbagaikan konsep pembangunan hartanah yang mengintergrasikan pertanian dan pembangunan seperti sedia ada.