Soalan Lazim

Print

Soalan Lazim

Ruangan Soalan Lazim
Ruangan ini adalah ruangan himpunan soalan dan jawapan yang lazim ditanya oleh bakal pembeli aset di LKPP Property Sdn Bhd.

S: Dimanakah lokasi ibu pejabat LKPP Property Sdn Bhd?
J: Sila klik link ini untuk maklumat lengkap.

S: Siapakah yang layak membeli aset samada rumah atau bangunan kedai?
J: Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun keatas dan mempunyai pendapatan yang diiktiraf oleh institusi kewangan berlesen (Bank).

S: Boleh saya menempah projek yang baru dirancang dan belum dibuka untuk jualan?
J: Projek perumahan yang sedang dirancang atau belum dibuka untuk jualan tidak boleh ditempah, walaubagaimanapun, anda boleh mendaftar sebagai pembeli untuk projek tersebut dan nama anda akan diutamakan apabila jualan untuk projek tersebut dibuka kelak. Klik disini untuk mendaftar sebagai pembeli.

S: Bagaimanakah cara untuk membeli rumah di LKPP Property Sdn Bhd?
J: Anda hendaklah membayar wang tempahan dan memilih lot yang diingini. 

S: Siapakah yang menguruskan pinjaman bagi pihak pembeli?
J: a) untuk pinjaman kerajaan, LKPP Property boleh menguruskan pinjaman tersebut dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (Treasury).
b) untuk pinjaman Bank, terpulang kepada pembeli untuk memilih pembiayaan perumahan dari mana mana bank yang dikehendaki.

S: Apakah proses seterusnya setelah pinjaman diluluskan?
J: Pembeli akan dimaklumkan oleh peguam yang telah dilantik bagi urusan pindah-milik dan lain lain.

S: Berapakah jangkamasa untuk menyiapkan satu projek perumahan?
J: Merujuk kepada perjanjian jual beli, sesebuah projek perumahan perlu disiapkan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh surat perjanjian dibuat. Walaubagaimanapun, LKPP Property komited dalam menyiapkan semua projek mereka dalam tempoh tercepat atau mengikut purata 18 bulan untuk setiap projek.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Proses Pinjaman Perumahan dari Institusi Kewangan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK URUSAN JUALBELI RUMAH/PINJAMAN PERIBADI
A. Kakitangan Swasta
* Fotostat kad pengenalan pemohon
* Fotostat surat pengesahan jawatan
* Fotostat penyata pendapatan (EA FORM)
* Fotostat penyata KWSP terkini
* Fotostat penyata slip gaji 3 bulan berturut terkini
* Fotostat statment bank 3 bulan berturut

B. Peniaga / Penternak / Syarikat
* Fotostat kad pengenalan pemohon
* Fotostat daftar syarikat / perniagaan (SSM, FORM 24, FORM 49)
* Fotostat kertas kerja / profil perniagaan / syarikat
* Fotostat statment akaun bank perniagaan 6 bulan berturut
* Fotostat BE form daripada LHDN serta slip pembayaran income tax

C. Kakitangan kerajaan / awam / badan berkanun
* Fotostat kad pengenalan pemohon
* Fotostat surat pengesahan jawatan (cop & sign pengesahan)
* Fotostat penyata pendapatan (EA FORM)
* Fotostat bank statment 3 bulan berturut (cop & sign pengesahan)
* Borang Permohonan Pinjaman Yang Lengkap
* Surat iringan asal Ketua Pejabat (cop & sign pegesahan)

DOKUMEN UNTUK RUMAH KOS RENDAH (LOW COST)
* Fotostat kad pengenalan pemohon
* Fotostat Surat Beranak pemohon
* Fotostat Sijil Nikah pemohon
* Fotostat surat pengesahan jawatan
* Fotostat statment bank 3 bulan berturut terkini
* Slip gaji 3 bulan berturut terkini
* Penyata KWSP terkini

Di Malaysia, terdapat banyak insititusi kewangan yang menawarkan pelbagai pakej perumahan yang menarik, samada perbankan secara Islam atau 'Conventional'. Walaubagaimanapun, kedua-dua pakej mesti melalui proses yang tertentu yang ditetapkan oleh bank dan di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

Tahukah anda bagaimana pinjaman perumahan anda diproses? Pembelian rumah merupakan keputusan yang teramat penting dan merupakan pelaburan yang terbesar bagi dan hannya dibuat satu kali dalam seumur hidup anda. Oleh itu, memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pinjaman perumahan boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelakkan keraguan dan keresahan.

keupayaan dari segi kewangan dengan mengambilkira pendapatan bersih setelah ditolak perbelanjaan atau sebarang pembayaran-pembayaran lain – perlu diambil perhatian sekiranya pembeli mengambil sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan mereka juga adalah terikat dengan perjanjian pinjaman atau terma-terma pinjaman. Selalunya bakal peminjam enggan mendedahkan kedudukan kewangan sebenar mereka semasa berurusan dengan pihak bank. Jadi apabila pihak bank mendapat tahu kedudukan kewangan mereka yang tidak kukuh untuk pinjaman perumahan khususnya pada kadar

Tempoh Pemilikan Kosong
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).